Kemahiran Perundingan & Microsoft Excel Untuk Laporan (UMK)
8 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniKursus ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi melatih pengurus-pengurus Pusat Internet (Maxis) Kelantan dari segi pengurusan dan keusahawanan. Kursus ini diadakan selama 2 hari.
Pada hari pertama, para pengurus diajar mengenai kemahiran perundingan dimana kemahiran ini dapat digunakan dalam pekerjaan seharian terutamanya melibatkan komuniti dan golongan VIP. Selain itu, pengenalan mengenai pembiayaan keusahawanan juga diberikan oleh wakil Sme Corp. Pembiayaan keusahawanan ini didedahkan kepada para pengurus bertujuan untuk membantu para usahawan dalam komuniti setempat dalam mencari sumber modal yang betul dalam memperkembangkan perniagaan.
Pada hari kedua, para pengurus diberikan latihan dan tunjuk ajar dalam mengukuhkan lagi kemahiran penggunaan Microsoft Office Excel terutamanya dalam penyediaan laporan. Sesi ini banyak membantu para pengurus untuk lebih mendalami Microsoft Office Excel serta memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: